Tuesday 23 August 2011

Ohai! Nama saya Ramli.

Aku Ramli. Pendiam. 25 tahun. Tak ada kelulusan dari mana-mana universiti.

Aku tak berapa suka hidup aku. Banyak sebab. Antaranya ialah hidup aku ni bukan hidup aku. Hidup aku ini adalah kehidupan ibu bapa aku sebenarnya. Dari kecil mereka dah susun atur kehidupan aku.

Rasa macam gampang.

Sekarang aku bekerja di syarikat milik bapa aku. Gaji memang lumayan. Tapi aku benci akan kerja itu.

Kamu mungkin rasa jadi 'anak bos' ni macam rockstar.

Kamu salah.

Kamu bayangkanlah, kamu anak bos di sebuah syarikat pengeluar sirap.

Dan nama kamu Ramli.

Seumur hidup kamu orang panggil kamu Ramli Sirap.

Rockstar apa ke bendanya tu?

Kalau syarikat bapa aku ni pengeluar sarip dan bukan sirap, barulah rockstar.

Juno 1

Juno berkata kepada orang di hujung talian telefon,

"Tiada pertandingan gores ego dan menang di sini. Lemparkan wang syiling berkarat itu. Berhenti menggores. Dan mungkin, kau akan memenangi aku."

Jawab orang di hujung talian,

"Eeeeeeee apa kau cakap ni?! Apa gores-gores ni?! Gila!"

Klik.

Tut tut tut tut tut..

"Brengsek."

Ohai! Nama saya Maria.

I Maria. Maria Binti Farid. Iya, Maria Farid. Satu huruf saja yang membezakan antara I dan Maria Farida. Oh, dan umur. I muda. Maria Farida tua. Tapi satu hari nanti, I akan tua juga. Entah bila...

Oh. I cikgu. I mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu eh? Entahlah. I panggil BM je.

Okey okey, you dah dapat tangkap. I bukan cikgu.

Tapi I teringin sangat nak jadi cikgu. Cikgu apa-apalah.

Bayangkan...

Bila I kata bayangkan, you tak payahlah pejam mata. Kalau you pejam mata, macam mana you nak baca? Kau hengat ini tulisan Braille? Merabalah kau monitor tu sorang-sorang.

Mana tadi? Oh ya. Bayangkan.. Kalau I jadi cikgu. Dan I mengajar kelas 2 Orkid. Kalau I saja pura-pura tanya kepada rakan sejawat, "Rakan sejawat, 2 Orkid ni kelas aku ke kelas kau?" Sudah tentulah rakan sejawat akan jawab "Kelas kau Maria."

I memang kelas.

Ihik.

Ohai! Nama saya Juno.

Setelah membelah dadanya dengan parang dan menampal hatinya yang patah dengan plaster, barulah Juno tersedar akan tulisan kecil pada sampul plaster ; 'Untuk kegunaan semua anggota badan yang terluka, kecuali hati.'

"Brengsek."